Terkini - kes curi meter TFT motosikal sudah bermula

oleh HEZERI SAMSURI|
Motosikal-motosikal premium kini sudah mula menggunakan panel meter menggunakan Thin Film Transistor atau TFT.

Antara contohnya ialah motosikal dan skuter dari BMW. Ia memang nampak cantik dan walaupun ia adalah skrin TFT, ia masih nampak dengan sangat jelas walaupun sedang menunggang di waktu matahari tegak di atas kepala.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Media popular motosikal, MCN atau motorcyclenews.com melaporkan bahawa kes-kes kecurian panel meter TF sudah mula dikesan dan semakin popular di Eropah.

 

 

Malah, menurut MCN, sudah ada syarikat yang mengeluarkan produk keselamatan untuk memastikan meter TFT itu tidak mudah dicuri.

Laporan MCN juga berkata harga untuk menggantikan skrin TFT bagi skuter BMW C400X adalah sebanyak £1200 atau RM6,710, jika tidak ada kerosakan kepada pendawaian.

BMW Motorrad UK berkata kepada MCN bahawa ia sedar akan peningkatan kes tersebut dan akan sentiasa mengingatkan pemilik untuk memastikan motosikal diparkir di kawasan yang selamat dan menambah alatan sekuriti kepada jentera premium mereka itu.

Di Malaysia, motosikal-motosikal sering menjadi mangsa kecurian angkup brek Brembo, Nissin dan jenama-jenama lain. Sehingga sekarang, kes ini masih wujud.

Motosikal BMW pula memang terkenal dengan skrin TFT yang cantik, terutama untuk model-model R1200 GS/GSA dan R1250 GS/A, model utama untuk jenama Jerman itu di Malaysia. Skuter C400X juga sangat popular dan adalah skuter premium Eropah nombor satu di Malaysia.


* Laporan penuh dari MCN

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…