Tesla azam kurangkan kebergantungan kepada bateri China

oleh HEZERI SAMSURI|
Tesla, jenama nombor satu EV dunia berazam mahu mengurangkan kebergantungan syarikat itu kepada rantai bekalan komponen baterinya dari China.

Menurut kajian rantaian bekalan Tesla yang dibuat oleh penganalisa media antarabangsa Nikkei, 39 peratus pembekal bahan-bahan untuk bateri lithium-ion yang digunakan oleh produk jenama EV popular itu adalah dari 61 buah syarikat kategori "storage battery" yang berpusat di China.

Keadaan ini merumitkan bila banyak negara mula mengadakan sekatan ekonomi dan meningkatkan pelaburan untuk menjamin sumber-sumber bekalan utama bagi keselamatan ekonomi masing-masing.

China masih menjadi pembekal utama untuk bahan-bahan penting dalam penghasilan bateri bagi EV.

Laporan Nikkei juga menyenaraikan peratusan syarikat pembekal Tesla dari US dan dari China, serta kajian yang membuktikan adalah masih sukar untuk Tesla mengurangkan kebergantungan syarikat itu kepada China walaupun ia sudah mula membeli komponen-komponen bateri dari negara lain.

Untuk laporan penuh, lawati laman web Nikkei Asia pada pautan di bawah.

Nikkei Asia

 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kenyataan itu memaklumkan kenderaan yang terlibat tidak mematuhi beberapa Piawaian Keselamatan…
Berita Global
Menurut laporan terkini, unit yang dihasilkan ini dipercayai masih dalam fasa awal atau pilot build…
Berita Domestik
Model sedan Model 3 kekal ditawarkan pada harga permulaan RM169,000, manakala Model Y terus dijual…