Elon Musk juga menyatakan versi prestasi sedan terkecil Tesla itu bakal hadir dan kedua-dua pilihan tersebut bakal memasuki fasa produksi bermula Julai.
Versi motor elektrik tunggal yang dipasang pada Tesla Model 3 ketika ini mampu membawa jarak sejauh hampir 500 km dengan sekali pengecasan penuh.
Walaubagaimanapun, versi prestasi Model 3 dijangka akan memberikan jarak perjalanan yang sedikit kurang berbanding model standard motor elektrik tunggal dan motor elektrik berkembar.
Tesla juga mengumumkan Model S dan juga Model X bakal menerima penambahbaikan dari segi trim dalaman berwarna gelap serta kemasan kayu oak.
Sumber: Car and Driver