Menurut laporan Bloomberg, kos untuk sebuah Model 3 varian permulaan kini bermula dari $38,990 (RM188,354), atau $8,700 (RM41,173) lebih rendah berbanding harga purata kenderaan di US.
Sementara Model Y pula dijual pada harga $3,700 (RM17,510) lebih rendah berbanding harga purata $48,000 (RM227,160).

Secara perbandingan, Tesla Model 3 kini $6,500 (RM30,761) lebih murah berbanding sedan BMW 3 Series, dan $5,800 lebih murah berbanding Mercedes-Benz C-Class.
Seorang pelabur memberitahu Bloomberg, Tesla terpaksa menanggung kos $1.2 bilion (RM5.68 bilion) setahun akibat langkah penurunan harga tersebut.

Laporan itu lagi turut mendakwa kos pemilikan Model 3 kini adalah setanding dengan kos pemilikan Toyota Corolla untuk tempoh tiga tahun.
Selain daripada Model 3 dan Model Y, Tesla turut dilapor menurunkan harga jualan Model S dan model X, di mana kedua-dua model tersebut kini lebih murah berbanding harga purata transaksi di Amerika Syarikat.
Firma informasi Edmunds mengunjurkan harga tanda aras untuk sebuah kenderaan baharu di Amerika Syarikat adalah sekitar $47,698 (RM225,731) untuk bulan September.
Sumber: Bloomberg