TESLA MALAYSIA BAKAL BUKA CAWANGAN BAHARU DI PULAU PINANG DAN JOHOR

oleh Firdaus Razani|
Selepas pelancaran Tesla Center di Cyberjaya pada Oktober lalu, kini Tesla Malaysia dikatakan bakal membuka Pusat Tesla di beberapa lokasi lain dalam negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengarah Serantau Tesla Isabel Fan membayangkan bahawa syarikat itu sedang merancang untuk membuka Pusat Tesla di lokasi lain di seluruh negara.

 

tesla

 

Walaupun masih tiada perutusan rasmi dikeluarkan, namun kini terdapat beberapa tanda bahawa Tesla mungkin ingin mengembangkan jejaknya ke arah bahagian Selatan dan Utara Semenanjung Malaysia.

Apa yang lagi jelas tentang perkara tersebut, terdapat beberapa senarai jawatan dan pekerjaan baharu serta lokasi di dalam laman web Tesla Careers.

 

tesla

 

Antara yang tersenarai adalah jawatan Tesla Advisor (TA) untuk negeri Johor manakala di Pulau Pinang, Tesla sedang mencari Juruteknik Kenderaan serta bahagian Jualan & Sokongan Pelanggan syarikat yang dipanggil Asset Lite/Lead Sales Mobile.

Selain itu, beberapa hari lalu melalui laman media sosial Instagram rasmi Tesla Malaysia, ia turut seolah-olah memberi petunjuk awal untuk sesuatu perkara.

 

Buat masa kini, Selain menjadi satu-satunya pusat penghantaran dan servis Tesla di Malaysia, Tesla Centre Cyberjaya juga berfungsi sebagai Pusat Pengalamannya.

 

tesla

 

Selain di Cyberjaya, Tesla juga telah menubuhkan satu lagi Pusat Pengalaman di Pavilion Damansara Heights.

 

tesla

 

Manakala bagi infrastruktur pengecasan, Tesla Supercharger kini boleh didapati di Pavilion KL, Sunway Pyramid, Tesla Service Centre Cyberjaya, Freeport A’Famosa Melaka, dan Sunway Bigbox Iskandar Puteri Johor.

 

SUMBER : SoyaCincau

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Tesla baharu sahaja mengumumkan tarikh bagi tontonan umum untuk model trak sensasi mereka iaitu…
Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…