Tesla Malaysia turun harga: RM8,000 lebih rendah

oleh Firdaus Razani|
Tesla Malaysia telah menurunkan harga-harga untuk Model 3 dan Model Y bermula dari hari ini.

Harga baharu Model 3 sekarang ialah bermula dari RM181,000 dan Model Y pula ialah dari RM191,000.

Kesemula varian dan model Tesla boleh ditempah melalui laman web mereka sementara pemilik Tesla kini mempunyai akses kepada tujuh stesen Supercharging dengan 36 pengecas dan 10 stesen Destination Chargers dengan 61 pengecas di Malaysia.

Untuk pandu uji, anda boleh ke pusat Tesla atau hubungi Tesla Malaysia di 1 800 810 655.

Bagi yang mahu melihat Cybertruck, ikuti akaun X rasmi Tesla Malaysia di on X @tesla_malaysia atau di akaun  Instagram @teslamotorsmys bagi maklumat terkini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Model sedan Model 3 kekal ditawarkan pada harga permulaan RM169,000, manakala Model Y terus dijual…
Berita Domestik
Harga Baharu Tesla Model 3 Highland Menurut senarai rasmi Tesla Malaysia: Rear-Wheel Drive…
Berita Domestik
Bagi memperingati detik ini, Tesla melancarkan Tesla 10,000 Delivery Week yang berlangsung sehingga…