Tesla Model 3 2024 versi facelift didedahkan - Tempahan dibuka di Malaysia, harga dari RM189k

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah 6 tahun diperkenalkan bersama 2 juta unit terjual secara global, model EV paling laku di dunia, Tesla Model 3 akhirnya menerima kemas kini baharu bersama rupa lebih segar dan penambahan aerodinamik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Turut dikenali dengan kod nama 'Project Highland', Tesla berkata mereka telah menukar lebih daripada 50 peratus bahagian pada Model 3.

Terima rekaan muka baharu, lampu hadapan kini lebih langsing bersama lampu nyalaan siang DRL LED yang lebih menonjol, lampu kabus pula telah digantikan dengan satu bolong tengah yang menampilkan rupa lebih agresif.

 

2

 

Pada bahagian belakang juga, ia menerima bampar yang direka semula memberikan rupa lebih kemas, bersama rekaan lampu belakang baharu.

Pada bahagian dalam, papan pemuka telah direka bentuk semula dengan pencahayaan LED dan trim papan pemuka yang boleh diubahsuai.

Menurut Tesla juga, kualiti bahan telah dipertingkatkan untuk memberikan rasa dalaman yang lebih mewah.

 

3

 

Bahagian dalaman juga kini lebin senyap bersama kaca akustik kini memanjang ke tingkap belakang, bersama penebat bunyi tambahan .

Menurut Tesla, ia kini lebih senyap dengan 30 peratus dalam bunyi angin dan persekitaran, 25 peratus peningkatan dalam bunyi hentaman (jalan berlubang, jalan kasar) dan 20 peratus  peningkatan dalam bunyi jalan raya.

Dari seri suspensi, Model 3 kini menerima spring dan peredam baharu serta reka bentuk subframe yang direka semula.

 

4

 

Walaupun tiada perubahan spesifikasi motor dan bateri,  Model 3 kini mempunyai pekali seretan 0.219, berbanding 0.23 sebelum ini, dibantu oleh ketiadaan lampu kabus hadapan untuk hujung hadapan yang lebih licin, dan bolong udara baharu dipasang di tepi bonet yang direka semula.

Menurut Tesla, hasilnya memberikan peningkatan antara 5 peratus dan 8 peratus jarak gerak, bergantung pada spesifikasi.

Varian RWD kini mampu bergerak sehingga 553 km, manakala varian Long Range kini mampu bergerak sehingga 667 km.

 

5

 

Untuk pasaran Malaysia, tempahan kini dibuka bersama dua varian ditawarkan, iaitu Model 3 RWD dengan harga RM189,000, dan Model 3 Long Range AWD dengan harga RM218,000.

Warna standard didatangkan denganPearl White Multi-Coat, di mana anda boleh menambah RM5,000 untuk Solid Black atau Deep Blue Metallic.

 

7

 

Manakala naik taraf dua warna baharu iaitu Stealth Grey berharga RM7,500, dan Ultra Red paling mahal dengan tambahan RM11,000.

Tempahan kini dibuka untuk pasaran Malaysia melalui laman web rasmi Tesla Malaysia dengan bayaran tempahan RM1,000 (tidak boleh dipulangkan), di mana penghantaran dijangka seawal akhir tahun ini, lebih awal berbanding Model Y.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Tesla baharu sahaja mengumumkan tarikh bagi tontonan umum untuk model trak sensasi mereka iaitu…
Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…