Tesla mula serah Model Y kepada pembeli di Malaysia

oleh Penyumbang Rencana|
gambar semasa dilancarkan
Tesla telah memulakan penghantaran Model Y, kenderaan utiliti sukan elektriknya (SUV) di Malaysia.

Syarikat itu berkata model itu didatangkan dalam tiga varian iaitu Model Y (pacuan roda belakang), Model Y Long Range (dwimotor pacuan semua roda) dan Model Y Performance (dwimotor pacuan semua roda).
AION MREC Banner Campaign May 2024

Harga bermula dari RM200,700 untuk Model Y, RM247,700 untuk Model Y Long Range dan RM289,700 bagi Model Y Performance.

"Model Y didatangkan dengan bumbung semua kaca, autopilot, ciri keselamatan aktif termasuk sistem penapisan udara zarah berkecekapan tinggi (HEPA). Orang ramai kini boleh merasai Model Y semua elektrik di Pusat Pengalaman Tesla Cyberjaya," kata pembuat kereta elektrik itu dalam satu kenyataan.

Tesla berhasrat untuk mengembangkan lagi jualan, perkhidmatan selepas jualan dan sokongan pengecasannya di negara ini untuk menyediakan pengalaman pemilikan Tesla yang mudah serta lancar.

Setakat hari ini, Tesla telah membuka dan mengendalikan enam stesen pengecasan super serta lapan stesen pengecasan destinasi di Malaysia, menawarkan sejumlah 30 pengecas super dan 37 pengecasan destinasi di bandar-bandar utama di negara ini.

Tesla berkata ia akan terus membina lebih banyak infrastruktur pengecasan dan memperluaskan liputan pengecasan di Malaysia.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun angka itu mendahului pasaran, ia diberitakan masih lebih rendah dari apa yang dijangkakan…
Berita Domestik
Beliau berkata, secara tiba-tiba sebuah kenderaan jenis Tesla telah menukar haluan dari lorong…
Berita Global
Kini, pembuat kereta elektrik itu telah memanggil semula beberapa kakitangan yang diberhentikan…