TESLA PANGGIL SEMULA LEBIH 2 JUTA KERETA KERANA LAMPU AMARAN KECIL

oleh Firdaus Razani|
Pembuat kenderaan elektrik (EV), Tesla memanggil semula lebih daripada dua juta unit kenderaan di Amerika Syarikat disebabkan saiz fon yang kecil pada panel amaran yang boleh meningkatkan risiko kemalangan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya AS (NHTSA), panggil semula buat kali kedua yang meliputi hampir semua kenderaannya yang dijual di negara itu pada tahun kurang daripada dua bulan.

Menurut notis NHTSA, penarikan balik itu menjejaskan lebih 2.19 juta kenderaan yang dijual antara 2012 dan 2024, termasuk Model S, Model X, Model 3, Model Y dan Cybertruck.

 

tesla

 

Puncanya adalah saiz fon yang dipaparkan pada panel amaran sistem brek, tempat letak dan antikunci dalam kenderaan yang terjejas adalah lebih kecil daripada 3.2 mm.

Oleh itu, ia menyebabkan kenderaan tersebut tidak mematuhi piawaian Keselamatan Kenderaan Bermotor Persekutuan, walaubagaimanapun, masalah itu akan diselesaikan melalui kemas kini perisian tanpa wayar.

 

tesla

 

Menurut The Wall Street Journal, panggilan semula itu merupakan yang terbanyak bagi kenderaan EV setakat ini dan lebih banyak daripada panggilan sebelum ini pada Disember tahun lalu melibatkan sebanyak 2,031,220 unit kenderaan.

Untuk jumlah kenderaan yang dipanggil balik adalah sebanyak 2,193,869 dan menurut notis NHTSA, dianggarkan keseluruhan daripada jumlah tersebut mengalami masalah.

Walaupun tiada laporan kematian, kecederaan atau kemalangan yang berkaitan dengan isu tersebut, tetapi Tesla telah mengenal pasti tiga tuntutan waranti yang berpotensi berkaitan perkara tersebut.

tesla

 

Menurut Reuters, NHTSA juga sedang menaik taraf siasatannya kepada kemungkinan kehilangan kawalan stereng kuasa untuk kira-kira 334,000 kenderaan Model 3 dan Model Y dari 2023 kepada analisis kejuruteraan.

Baru-baru ini, Tesla memanggil semula hampir 200,000 kereta atas isu perisian yang menghalang kamera pandang belakang daripada dipaparkan.

Tesla juga mengeluarkan beberapa siri panggilan balik utama pada 2023, terutamanya berpunca daripada isu berkaitan sistem Autopilot yang dilaporkan telah mengakibatkan 736 kemalangan sejak 2019.

 

SUMBER : FORBES

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Tesla baharu sahaja mengumumkan tarikh bagi tontonan umum untuk model trak sensasi mereka iaitu…
Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…