Kebanyakan panel-panel Tesla itu dibuang demi untuk mencapai objektif Chet - mencari kelajuan terpantas di litar. Selain dari itu, Chet juga pernah memandu Model S Plaid itu di dalam air sebanyak dua kali.
Chet sebelum ini pernah mengadu bahawa sistem brek Tesla itu tidak mencukupi untuk kelajuan dan berat kenderaan itu (2,177 kg).
Untuk mengatasi masalah itu, Chet melakukan modifikasi kepada sistem brek standard dengan menukarkannya kepada cakera "carbon ceramic", angkup baharu dan hos "braided" untuk brek hadapan sementara brek belakang hanya menerima pad brek perlumbaan dan cakera besi berprestasi tinggi.
Namun begitu, menurut majalah Road & Track, Chet tidak menukar cecair brek itu dari DOT3 kepada DOT4 yang lebih popular di kalangan penggemar sukan litar.
Cecair brek DOT4 mempunyai tahap mendidih yang lebih tinggi dan lebih sesuai untuk kenderaan perlumbaan atau kenderaan dengan sistem brek yang ekstrem.
Chet turut mengaku bahawa kemungkinan besar cecair brek DOT3 standard itu mendidih dan menjadikan sistem brek Tesla itu gagal berfungsi.
Chet mengalami keretakan lutut, ligamen krusiat hadapan (ACL) yang koyak dan patah pada lima tulang rusuk.
Ternyata YouTuber itu bernasib baik kerana walaupun Chet menggunakan talipinggang keledar, beliau tidak memakai helmet, tempat duduk perlumbaan dan talipinggang keselamatan 5-poin.
Di bawah ialah video kemalangan beliau. Kongsikan pendapat anda - adakah ia salah kenderaan atau pemilik atau YouTube.