TESLA TAWAR 3 WARNA UNTUK MODEL Y DI MALAYSIA

oleh Firdaus Razani|
SUV elektrik paling terlaris di dunia, Tesla Model Y yang baharu sahaja memasuki pasaran Malaysia secara rasmi kini menawarkan tiga warna baharu iaitu Quicksilver, Stealth Grey dan Ultra Red.

Kini ketiga-tiga warna tersebut boleh dipesan melalui di kedai rasmi Tesla atau dalam talian.

 

tesla

 

Tesla turut tawarkan tiga versi Model Y untuk pasaran Malaysia, ia adalah seperti berikut;

Model Y - RM199,000

  • Rear-wheel Drive (RWD)
  • Jarak gerak - 455km (WLTP)
  • Kelajuan tertinggi - 217kmj
  • 0-100kmj - 6.9 saat

 

Model Y Long Range - RM246,000

  • Dual Motor All Wheel Drive (AWD)
  • Jarak gerak - 533km (WLTP)
  • Kelajuan tertinggi - 217kmj
  • 0-100kmj - 5 saat

 

Model Y Performance - RM288,000

  • Dual Motor All Wheel Drive (AWD)
  • Jarak gerak - 533km (WLTP)
  • Kelajuan tertinggi - 217kmj
  • 0-100kmj - 3.7 saat

 

Selain daripada menjadi SUV elektrik terlaris di dunia, Model Y juga merupakan salah satu kereta paling selamat di jalan raya dengan penarafan 5 bintang yang sempurna daripada NHTSA dan Euro NCAP.

 

tesla

 

Model Y juga mempunyai bumbung semua kaca dengan perlindungan UV dan sistem penapisan udara HEPA.

 

tesla

 

Ia turut menawarkan lebih 2,100 liter ruang kargo yang menyediakan tempat duduk sehingga 5 penumpang dan menyimpan barangan yang banyak dan besar.

 

tesla

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan terkini, unit yang dihasilkan ini dipercayai masih dalam fasa awal atau pilot build…
Berita Domestik
Model sedan Model 3 kekal ditawarkan pada harga permulaan RM169,000, manakala Model Y terus dijual…
Berita Global
Dasar baharu ini didedahkan oleh portal automotif InsideEVs, susulan perkongsian pempengaruh Tesla…