Menurut Timbalan Setiausaha Tetap untuk Pengangkutan, Chirute Visalachitra, di bawah undang-undang larangan menyelit (lane splitting), penunggang motosikal besar tidak dibenarkan menunggang di antara kenderaan dan mereka juga perlu menunggu di belakang kenderaan lain di lampu trafik.
"Mereka juga perlu menunggang di bawah kelajuan 80 kmsj di kawasan urban dan yang berpenghuni," ujarnya.
Kementerian itu juga akan memastikan penunggang motosikal besar akan melalui ujian-ujian khusus untuk lesen menunggang motosikal besar (seperti lesen B-penuh di Malaysia).
Chirute juga menambah pelancong asing bakal diminta untuk menunjukan lesen menunggang motosikal jika mahu menyewa kenderaan itu di Thailand.
Keperluan itu tidak pernah wujud di Thailand sebelum ini dan ramai pelancong asing maut terbabit di dalam kemalangan motosikal di sana.
Tidak ada pengumuman bila undang-undang baharu ini akan diperkenalkan tetapi Chirute yakin ada antaranya akan dimulakan sebelum penghujung tahun ini.
* Laporan asal dari The Bangkok Post