Tiada arahan sekatan jalan raya di sempadan - Polis Selangor

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Polis Selangor mengesahkan tiada sebarang arahan dikeluarkan berhubung pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) di laluan keluar sempadan negeri ini, menurut laporan daripada Berita Harian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kenyataan tersebut dibuat berikutan tularnya mesej berkenaan senarai sekatan jalan raya yang bakal dilaksanakan menjelang Hari Raya Aidiladha.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata pihaknya juga tiada menerima sebarang arahan untuk berbuat sedemikian, setakat ini.

"Setakat ini, tiada arahan untuk membuat apa-apa sekatan (SJR)," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Beliau mengulas penularan mesej yang mendakwa pihak berkuasa akan membuka khemah SJR bersepadu di laluan keluar Selangor ke negeri bersempadan, iaitu Negeri Sembilan dan Perak, mulai malam ini.

Penularan mesej itu menimbulkan tanda tanya dan kegusaran dalam kalangan masyarakat, terutama mereka yang merancang pulang ke kampung untuk meraikan Aidiladha, Jumaat ini.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.…
Berita Domestik
"Siasatan itu dilakukan hasil dari tindakan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana kita…
Berita Domestik
"Sekatan jalan raya itu dijalankan sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Jelutong bermula jam 10…