Tiada kilang pemasangan kerana Tesla tidak dibenar jual, servis EV di India - Elon Musk

oleh Mohamad Hanif|
Tesla sebelum ini dilapor menangguhkan sementara perancangan untuk menembusi pasaran India selepas tidak berjaya meyakinkan pihak berkuasa tempatan untuk mengurangkan kadar cukai yang dikenakan untuk kereta import.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana, kerajaan India mengenakan cukai 100 peratus ke atas kenderaan import yang berharga lebih daripada $40,000 (RM175,320), manakala kenderaan harga bawah $40,000 pula dikenakan cukai sebanyak 60 peratus.

Tambahan pula, India tidak bersedia untuk menawarkan pengecualian cukai melainkan Tesla komited untuk membangunkan fasiliti pemasangan kenderaan di dalam negara tersebut.

Dalam respon kepada soalan di laman mikroblog Twitter, Elon Musk menjawab "Tesla tidak akan membangunkan kilang pemasangan di lokasi di mana kami tidak dibenarkan untuk menjual dan servis kenderaan".

 


Pada mulanya, Elon merancang untuk membawa masuk kenderaan yang dipasang di China untuk dijual di India.

Namun, menurut Menteri Pengangkutan Jalan dan Lebuhraya India, Nitin Gadkari berkata, "Permintaan kami adalah untuk beliau datang ke India dan memasang kenderaan di sini. Kami tidak mempunyai sebarang masalah.

"Beliau (Elon Musk) amat dialu-alukan di India. Kami tidak mempunyai sebarang masalah, akan tetapi cadangan beliau untuk membawa masuk kenderaan yang dipasang di China untuk dijual di India, ia bukanlah satu perkara yang baik untuk India," jelasnya lagi.

Difahamkan, Elon sebelum ini pernah melahirkan minat untuk menghasilkan kenderaan Tesla di India pada tahun 2020, namun selepas beberapa kali perbincangan, tiada sebarang persetujuan dicapai.

Sumber: Fox Business

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…