Kenderaan replika itu didapati tidak memiliki sebarang kelulusan untuk digunakan di atas jalan raya, selain tidak mempunyai nombor pendaftaran yang sah.
Pemandu Batmobile yang berusia 32 tahun itu turut didapati melanggar beberapa peraturan trafik yang telah ditetapkan, dan hasilnya kenderaan yang diimport itu disita pada malam kejadian.
Berdasarkan pencarian ringkas, Tumbler yang dipaparkan ini pernah dijual pada harga mencecah $844,000 (RM3.6 juta), diimport dari Amerika Syarikat dan dikuasakan oleh enjin V8 5.0 liter menghasilkan 502 kuasa kuda yang memacu roda belakang.