Tiada tempat untuk 30 peratus kakitangan SPAD

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebanyak 30 peratus dari kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bakal kehilangan pekerjaan.

Menurut The Mole, kakitangan berjawatan tinggi di dalam SPAD kemungkinan besar tidak akan mendapat tepat di dalam agensi baharu, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang ditubuhkan di bawah seliaan Kementerian Pengangkutan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

The Mole kemudian menambah bahawa empat jawatankuasa dari Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang dilantik untuk proses peluputan SPAD  memutuskan bahawa tidak mungkin semua kakitangan SPAD dapat diserapkan ke dalam agensi APAD atau JPJ.

"Kebanyakan yang tidak dapat diserapkan itu ialah dari kalangan eksekutif sehingga ke pengurus dan jawatan tertinggi," ujar seorang Pegawai Tinggi JPA yang ditemuramah oleh The Mole.

"Mereka tidak dapat diserap masuk kerana masalah pertindihan jawatan dan juga kerana beberapa sebab teknikal," sambungnya.

Berita sepenuhnya boleh dibaca di laman web The Mole.

* Gambar utama ialah dari laman web http://khairulryezal.blogspot.com/2014/01/pegawai-spad-terima-rasuah-mari-baca.html

 

Berita Berkenaan

Informasi
"Bidaan akan diadakan selama lima hari secara dalam talian di Sistem JPJeBid bermula hari ini dan…
Berita Domestik
Syarikat itu berkata ia adalah sebahagian daripada inisiatif swasta bertujuan meningkatkan nilai…
Berita Domestik
Ia berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan…