Tiada varian asas Golf Mk8 di US, hanya Golf GTI dan Golf R

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Generasi kelapan hatchback Volkswagen Golf bakal muncul tidak lama lagi, namun bagi para peminatnya di Amerika Syarikat, ini merupakan satu berita yang mengejutkan. 

Ini kerana difahamkan bahawa Volkswagen dikatakan tidak akan membawa masuk Golf varian standard dan juga varian SportWagen ke pasaran sana, hanya versi prestasi tinggi Golf GTI Mk8 dan Golf R Mk8 sahaja yang akan dijual. 

Walaupun pihak VW tidak mengeluarkan sebarang penjelasan, sedikit rujukan terhadap fakta jualan menyebut bahawa varian standard Golf tidaklah begitu laris sebagaimana varian GTI dan R pada tahun lalu. 

Merujuk kepada fakta yang dipetik daripada Motor1.com, VW hanya menjual kira-kira 6,642 unit Golf sahaja pada tahun 2018 - tidak sampai 2 peratus daripada keseluruhan jualan VW, manakala gandingan Golf R dan Golf GTI merangkumi 48 peratus daripada jualan keseluruhan keluarga Golf. 

 


Pencantasan model baharu ini juga turut melibatkan model e-Golf di mana Golf Mk8 tidak akan memperlihatkan varian elektrik sepenuhnya kerana ia akan diambil alih oleh Volkswagen I.D. hatchback. 

Trend kepupusan hatchback bukanlah satu perkara baharu, memandangkan para pembeli masa kini lebih cenderung ke arah membeli sebuah SUV/trak pikap/crossover. 

Hatchback keluarga paling popular Golf pada masa akan datang mungkin juga hanya akan ditawarkan dalam bentuk hot hatch sahaja, jika trend pemilikan ini berterusan. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu berjaya meraih dana hampir RM800,000 menerusi peserta-peserta, penderma-penderma dan juga…
Berita Global
Ini bermakna, Golf 2024 akan menjadi model bertransmisi automatik sahaja sekiranya tiada sebarang…
Berita Global
  Penduduk tempatan sudah berbulan-bulan merungut di Facebook mengenai keadaan jalan berlubang…