Bermaz langsung Kejohanan Golf Amal Mazda 2023 - raih RM800,000

oleh HEZERI SAMSURI|
Bermaz Motor, pengimport dan pengedar rasmi Mazda telah menganjurkan Kejohanan Golf Amal Mazda 2023 untuk Mazda Medicare Fund (MMF) baru-baru ini.

Berlangsung di Glenmarie Golf & Country Club di Shah Alam, seramai 184 peserta hadir memberi sokongan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara itu berjaya meraih dana hampir RM800,000 menerusi peserta-peserta, penderma-penderma dan juga penaja-penaja.

Kesemua kutipan tersebut akan disalurkan ke MMF.

Kejohanan kesembilan itu bertujuan untuk mencari dana bagi bantuan kemanusiaan dan perubatan untuk golongan kurang upaya di Malaysia.

 

 

Semasa majlis penyampaian hadiah, wakil-wakil dari Tabung Kebajikan Penyakit kanser Mount Marian di Pulau Pinang, Pertubuhan Rumah Anak Yatim Berkat Kasih dan Pertubuhan Baitul Mahabbah tampil untuk menerima sumbangan.

MMF ditubuhkan dalam tahun 2015 dan digerakkan bersama dengan Prima Merdu Sdn Bhd dan kolaborasi bersama B. Braun Avitum Renal Services yang memberikan perkhidmatan haemodialisis kepada pesakit-pesakit tahap akhir renal (ESRD) yang kesempitan wang.

Setakat ini, ada 13 pusat dialisis B. Braun di seluruh negara dan pesakit yang layak akan menerima rawatan bersubsidi.

MMF sudah menyumbang sebanyak RM5 juta dalam sela masa tujuh tahun dan sumbangan itu ialah untuk operasi pusat-pusat dialisis B. Braun dan juga badan kebajikan yang lain di seluruh negara.

 

 

 

 

Selain dari itu, MMF juga aktif dalam menganjurkan majlis derma atau mengumpul dana untuk rumah orang tua dan anak yatim.

Kad Mazda Privilege (MPC) yang diperkenalkan dalam tahun 2018 juga terbabit dalam sumbangan dana di mana fi untuk pemohon atau RM100 akan disalurkan ke MMF.

Pemilik Mazda bukan sahaja dapat membantu tetapi turut menikmati pengecualian cukai untuk derma.

Pemegang kad MPC juga layak untuk menerima diskaun 15 peratus untuk alat ganti terpilih Mazda dan diskaun 5 peratus untuk bayaran upah (labour) di mana-mana pusat pameran atau pusat servis Mazda di bawah Bermaz Motor dan Prima Merdu.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mazda CX-5 facelift ini telah pun dinampakkan di Malaysia pada November lalu, dan menurut beberapa…
Hezeri Samsuri
Abarth Alfa Romeo Chrysler Citroën Dodge DS Automobiles Fiat Jeep Lancia Maserati Opel…
Berita Domestik
Model yang dimaksudkan itu merupakan sebuah Kia EV6 varian GT-Line, di mana ia sebelum ini telah…