Tidak bayar parkir, wanita didenda RM200 dan dua rakan di kompaun

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Seorang wanita didenda RM200 manakala rakan sekolahnya diperintah untuk melunaskan tunggakan kompaun oleh Mahkamah Telok Datok di sini pada Rabu kerana tidak membayar parkir.


Majistret Khairul Farhi Yusob menjatuhi hukuman terhadap dua-dua tertuduh selepas mereka mengaku bersalah di atas kesalahan berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Jika gagal membayar denda, mereka boleh dipenjara masing-masing lima hari.


Mereka yang berusia 40-an itu didapati melanggar Perintah Pengangkutan Jalan Perenggan 8, Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 2007.

 

Kedua-dua tertuduh bukan sahaja telah membayar denda tersebut malah melunaskan masing-masing 22 dan 25 notis tunggakan saman parkir.

 

Mahkamah turut menarik balik waran tangkap terhadap seorang daripada tertuduh itu, selepas dia hadir di mahkamah serta menyelesaikan tunggakan saman parkir tersebut.

 

Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan oleh Ketua Pegawai Pendakwa MPKL, Hasrizal Abd Rahim dan Zain Azrull Zabidin.

 

Sementara itu, menerusi kenyataan media di Facebook, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, individu atau syarikat yang mempunyai tunggakan kompaun parkir, perlu menjelaskan kompaun parkir tersebut secepat mungkin.

 

"Sempena Ulang Tahun pertama pengisytiharan MPKL, tawaran diskaun bayaran kompaun parkir dibuka sehingga 9 September depan.

 

"Tawaran diskaun bagi setiap kompaun parkir sebelum tahun 2019 adalah sebanyak RM15 manakala pada 2020 hingga 2022 adalah sebanyak RM10," katanya.

 

Beliau berkata, orang ramai boleh membuat bayaran secara dalam talian menerusi Aplikasi Smart Selangor Parking.
 

 

 

 

Sinar Harian
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…
Berita Domestik
Menurutnya, kejadian dilaporkan jam 4.10 petang sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan…
Berita Domestik
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke…