Tidak semua B40 dapat bantuan lesen B2 percuma - Anthony Loke

oleh Mohamad Hanif|
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam satu kenyataan menjelaskan kerajaan tidak dapat menanggung semua golongan B40 untuk mendapatkan lesen motosikal kelas B2, lesen teksi, bas serta e-hailing, Berita Harian melaporkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jelasnya lagi, hanya individu daripada kategori itu yang mengalami masalah kewangan sahaja akan dipertimbangkan untuk menerima manfaat program tersebut.

Mekanisme dan syarat pelaksanaan akan diperincikan terlebih dahulu sebelum pengumuman dibuat.

"Yang pertamanya, bukan kita dapat tanggung untuk semua...sudah tentu kita tidak dapat tanggung semua. Yang dimaksudkan ialah mungkin kita ada program, inisiatif di mana kita memberikan bantuan untuk mengambil lesen ini kepada golongan B40 dan juga untuk pemandu yang ingin mendapatkan PSV (Lesen Vokasional Kenderaan) dan GDL (Lesen Perdagangan).

"Itu yang sedang kita akan bangunkan dari segi mekanismenya dan akan diumumkan bagaimana untuk memohon dan sebagainya.

"Ada peruntukan lebih RM4 juta untuk kita menampung perbelanjaan untuk membantu khususnya golongan B40 tetapi sudah tentunya bermaksud tidak semua orang yang mengambil lesen memandu akan dapat ditampung oleh kerajaan. Itu tak dapat kita buat.

"Yang paling penting ialah sudah tentu golongan sasar kita ialah golongan B40 di mana ada kekangan kewangan. Kita akan cuba perincikan bayaran bantuan tersebut," katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023 mengumumkan kerajaan bersetuju untuk menanggung bayaran bagi golongan B40 mendapatkan lesen motosikal kelas B2, lesen teksi, bas eerta e-hailing.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Mokhzani berkata, untuk tugas berkenaan pihaknya menjangkakan seramai 400 tenaga kerja akan dibawa…
Berita Domestik
Program BikeCare-1000 ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu para pekerja…
Informasi
  Dan gambaran buruk itu dihangatkan lagi dengan kejadian kemalangan membabitkan tiga penunggang…