Tiga sekawan dari Mesir berjaya hasilkan kereta yang boleh dipandu atas air!

oleh Mohamad Hanif|
Di Mesir, tiga sekawan telah berjaya mencipta sebuah kereta yang boleh dipandu atas permukaan air!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut perekanya, Karim Amin menjelaskan, walaupun rupa luaran seperti sebuah kereta, mekanisme dalamannya adalah sama seperti apa yang digunakan oleh sebuah jet ski.

Namun disebabkan dimensi badan yang lebih besar, ia sukar untuk terbalik dan hilang kawalan seperti tipikal jet ski, jadi ia lebih mudah untuk 'dipandu' dengan lebih agresif.

 


Idea untuk mencipta sebuah kereta jet ski ini timbul ketika mereka sedang mencari idea pengalaman sukan air serba baharu dan tidak pernah dirasai oleh semua orang.

Kereta jet ski ini juga turut didatangkan dengan beberapa ciri moden seperti sistem audio keliling dengan sambungan Bluetooth, skrin paparan untuk tontonan video, serta sistem pemantauan navigasi GPS.

Pada ketika ini, sebanyak 12 buah kereta jet ski telah dihasilkan dan setiap satunya memerlukan masa tiga minggu untuk disiapkan dan mempunyai keupayaan mencapai kelajuan 70 km/j serta kapasiti dua orang.

 


Harga jualan pula bermula dari $19,000 (RM78,941) hingga $45,000 (RM186,966) bergantung kepada opsyen yang dipilih.

Namun, tiga sekawan itu sudah pun merancang untuk menambah kapasiti penumpang yang boleh memuatkan keluarga empat orang, serta opsyen convertible.

Semenjak diperkenalkan beberapa bulan yang lalu, permintaan terhadap kereta jet ski ini melonjak naik.

 

Sumber: The National News

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di Rusia, di mana Chery telah beroperasi selama 17 tahun, jualan Januari 2022 telah melonjak…
Berita Global
  Video yang tular di media sosial menunjukkan gerabak terbalik dan penumpang melarikan diri ke…
Berita Global
Acara yang dianjur bagi menunjukkan khazanah negara yang kaya itu, bergerak sepanjang laluan…