Tiga sekeluarga maut dilanggar pelumba rali INRC 2019

oleh Mohamad Hanif|
Tiga sekeluarga dilaporkan maut oleh akhbar tempatan India ketika kejuaraan Indian National Rally Championship (INRC) sedang berlangsung di perkampungan Ranideshipura, daerah Barmer, Rajashtan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kenyataan penganjur, pemandu rali Gaurav Gill sedang berusaha untuk menamatkan perlumbaan apabila kemalangan berkelajuan tinggi itu berlaku kira-kira 150 meter dari garis penamat. 

Mangsa dikenali sebagai Narenda, penunggang motosikal, isterinya Pushpa dan juga anak Jitendran, dan ketiga-tiga dilaporkan maut di tempat kejadian. 

Insiden ini turut memaksa pusingan rali di Jodhpur terpaksa dibatalkan serta merta. 

 


J Prithviraj, presiden Federation of Motor Sports Clubs of India (FMSCI) berkata, "kami telah cuba sedaya upaya untuk memastikan keselamatan ketika perlumbaan sedang dijalankan, namun mangsa dikatakan ingkar dengan arahan petugas keselamatan. 

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi diperoleh daripada pihak berkuasa serta pasukan polis tempatan. 

Pemandu rali tersebut, Gaurav Gill turut dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut, namun beliau dan juga pembantu pemandu Musa Sheriff tidak mengalami kecederaan serius.

Gaurav Gill, 37 tahun merupakan juara tiga kali Asia-Pacific Rally Championship (APRC) serta juara enam kali kejuaraan rali nasional kini sedang mengejar gelaran nasional untuk tahun ketiga berturut-turut, selain menyertai World Rally Championship 2 yang merupakan tahap kedua di dalam kejuaraan rali antarabangsa.  

Antara pencapaian terbaharu beliau termasuklah memenangi perlumbaan rali Dakshin Dare dan menjadi warga India pertama yang menerima anugerah berprestij Arjuna tahun ini. 

INRC 2019 sudah pun menamatkan dua pusingan di Chennai dan Coimbatore manakala tiga lagi pusingan akan berlangsung di Kochi, Bengaluru dan Chikmagalur.

Sumber: Hindustan Times, DNA India

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia akan mengembalikan memori ketika pelumba rali Malaysia, Karamjit Singh yang mencipta sejarah…
Berita Global
Kini, perincian berkenaan SUV rali itu telah didedahkan sepenuhnya oleh Ford, di mana ia membawakan…
Sukan Bermotor
Subaru Motorsports USA baru-baru ini memperlihatkan jentera ampuh yang bakal digunakan untuk musim…