Dalam satu temubual yang dibuat oleh The Star, CEO Touch 'n GO Effendy Shahul Hamid menjanjikan dua perubahan besar yang bakal dilakukan pada tahun ini.
Salah satu daripadanya adalah kemudahan untuk menambah nilai kad fizikal Touch n Go menerusi aplikasi eWallet TnG yang sudah sekian lama diminta oleh kebanyakan pengguna.
Ini kerana pada ketika ini, pengguna masih lagi perlu ke kedai untuk menambah baki kredit Touch 'n Go walaupun pihak tersebut telah pun memperkenalkan fungsi PayDirect yang boleh digunakan di sesetengah lebuh raya, di mana tambang tol secara automatik ditolak daripada baki eWallet, dan bukannya daripada kad fizikal.
Selain daripada itu, pihak TnG juga akan turut memansuhkan surcaj parkir yang dikenakan apabila pengguna menggunakan kad Touch 'n Go ketika memasuki kawasan parkir kenderaan menjelang suku pertama tahun ini.
Tambah Effendy lagi, pihak TnG kini sedang berusaha untuk membatalkan fi 50 sen yang dikenakan ketika pengguna menambah nilai di sesetengah lokasi.