Penawaran Tol Rahmah percuma tersebut boleh dinikmati selama 4 hari mulai 12:01 pagi, 19 April sehingga 11:59 malam, 21 April 2023 dan mulai 12:01 pagi, 24 April hingga 11:59 malam.
Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, pihak PLUS mengambil peluang tersebut untuk menjelaskan kepada pengguna mengenai cara memanfaatkan Tol Rahmah percuma.
Berikut merupakan perkara yang dikongsikan oleh PLUS:
- Pengguna dinasihatkan supaya memastikan mereka masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan mod pembayaran tol yang sama
- Sekiranya pengguna lebuh raya memilih untuk menggunakan RFID, mereka masih perlu masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID yang disediakan.
- Pengguna lebuh raya akan menikmati Tol Rahmah Percuma ketika melalui plaza tol keluar sepanjang tempoh yang ditetapkan.
- Bagi pengguna kad Touch ‘n Go, mereka dinasihatkan supaya memeriksa status kad Touch ‘n Go sebelum perjalanan
- Pengguna juga dinasihatkan supaya keluar di plaza tol terdekat sekiranya mereka menghampiri tempoh berakhirnya pemberian Tol Rahmah Percuma tersebut.