Touch 'n Go rangkul anugerah BrandLaureate Best Brands Awards

oleh Mohamad Hanif|
Touch 'n Go baru-baru ini telah memenangi anugerah Nation's Favourite Brand Award di dalam kategori "Fintech Category - Mobility Solutions" pada BrandLaureate Best Brands Awards 2022/2023.

Ketua Pegawai Eksekutif TnG, Praba Sangarajoo mengulas, "kami amat berbangga untuk menerima pengiktirafan berprestij ini sebagai jenama kegemaran negara untuk penyelesaian mobiliti.

"Kami telah berusaha untuk membawakan kemudahan traksaksi tanpa tunai yang lebih selamat dan selesa dengan memanfaatkan teknologi inovatif buatan sendiri untuk pengguna kami.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di Malaysia, Touch 'n Go telah memainkan peranan penting dalam memacu ke arah masyarakat tanpa tunai sejak lebih dua dekad yang lalu.

Selain daripada tol dan pengangkutan awam, sistem Touch 'n Go juga kini tersedia untuk kawasan letak kenderaan, di mana terdapat kira-kira 1,500 fasiliti yang menyokong sistem pembayaran TnG.

Pengenalan teknologi Komunikasi Jarak Dekat (NFC) pada kad TnG merupakan satu pengubah permainan yang sebenar, kerana ia memudahkan para pengguna untuk menambah nilai secara terus menggunakan peranti pintar di mana jua tanpa mengira waktu.

Anugerah tahunan BrandLaureate Best Brands Awards ini merupakan anugerah berprestij yang dianjurkan oleh Yayasan Jenama Dunia (TWBF) yang telah ditubuhkan pada tahun 2005.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengadaptasian tenaga hijau tersebut yang telah dilancarkan dua tahun lalu telah membolehkan PROTON…
Berita Domestik
Ia juga diiktiraf sebagai salah satu daripada 25 Majikan Siswazah Paling Diutamakan Secara…
Berita Domestik
Daripada 121 buah kereta baharu yang telah dinilai pada tahun ini, para juri sepakat memilih Honda…