Toyota Aygo X - crossover segmen A untuk pasaran Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Jika dahulu Toyota membangunkan dua generasi hatchback segmen A Aygo dengan bantuan daripada Peugoet dan Citroen, generasi terkini Aygo kini tidak lagi menampilkan dua jenama Stellantis itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, generasi baharu Aygo kali ini membawakan penambahan huruf 'X' yang menandakan peralihan model tersebut daripada genre hatchback kepada crossover.

Dari segi dimensi, Aygo X membawakan ukuran 3,700 mm, atau 235 mm lebih panjang jika dibandingkan dengan Aygo terdahulu, menjadikan ruang kaki yang lebih luas untuk penumpang belakang.
 

Aygo X


Biarpun dengan dimensi yang lebih besar, Aygo tetap menampilkan elemen yang dibawakan daripada model terdahulu - tingkap belakang jenis pop-out dan rekaan bumbung fabrik yang boleh dibuka.

Ruang kargo di belakang juga bertambah sebanyak 60 liter kepada 231 liter sehingga paras tonneau cover, atau 269 liter sehingga ke aras bumbung. Dengan tempat duduk baris kedua dilipat, ruang tadi boleh dibesarkan kepada 829 liter.

Sebagai sebuah crossover, Toyota telah mendatangkan elemen tipikal seperti cladding plastik, rim bersaiz 18 inci berwarna matte black dengan aksen Mandarina.
 

Aygo X


Disebabkan penggunaan rim besar, jarak kelegaan tanah bertambah 11 mm berbanding model terdahulu, namun masih mampu menawarkan putaran sekecil 4.7 meter sahaja, sesuai untuk digunakan dalam jalan bandar yang sempit.

Ruang kabin pula turut mendapat kelengkapan moden seperti skrin infotainmen sembilan inci, sistem pencahayaan ambien, sokongan pengecasan nirwayar, serta sokongan kemaskini over-the-air (OTA).

Aspek keselamatan pula terdiri daripada kawalan jelajah adaptif, sistem pengesan pejalan kaki waktu malam, bantuan pengesan laluan, serta sistem pengesan penunggang basikal waktu siang.
 

Aygo X


Dari segi kuasa, Aygo X mendapat nadi tiga silinder sebaris 1.0 liter NA yang mampu menghasilkan 72 hp dan 93 Nm, dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan atau CVT.

Namun dengan berat sekitar 940 kg hingga 1,015 kg bergantung kepada trim, Aygo X masih mampu memberikan bacaan penggunaan bahan api serendah 4.7 liter untuk setiap 100 km.

Toyota telah pun mengambil alih kilang di Czech Republic, lokasi di mana Toyota, Peugeot dan Citroen menghasilkan Aygo/108/C1 generasi terdahulu. Penjualan crossover segmen A ini akan bermula tahun hadapan.

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Aygo X direka untuk melalui jalan raya terkecil di Eropah selain jarak pusingan hanya 4.7 meter…
Berita Global
  Crossover itu diberi nama Aygo X dan berada di dalam segmen A. X disebut sebagai cross dan…