Toyota nak buat crossover kecil, Aygo X segmen A!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Aygo X Prologue
Toyota Aygo X Prologue
Pada 23 April 2020 Toyota memperkenalkan SUV Yaris Cross di Jepun dan mula memasuki pasaran antarabangsa beberapa bulan selepas itu.

Yaris Cross berada di dalam segmen B dengan ukuran panjang 4.18 meter, lebar 1.76 meter dan tinggi 1.56 meter.

Seperti namanya, Yaris Cross dibangunkan dari platform GA-B yang sebelum itu digunakan untuk Yaris pasaran Eropah.

Yaris Cross digerakkan oleh enjin Dynamic Force 1.5 liter 3 silinder dan turut ditawarkan dalam versi hibrid.

Apa lagi yang menarik? Baru-baru ini Toyota mengesahkan ada lagi sebuah SUV yang bakal dibangunkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota Aygo X Prologue

 

Crossover itu diberi nama Aygo X dan berada di dalam segmen A. X disebut sebagai cross dan dengan itu boleh dikatakan model ini adik kepada Yaris Cross.

Sama seperti Yaris Cross yang mempunyai talian rapat dengan Yaris, Aygo adalah model kompak Toyota yang sudah lama di pasaran.

Aygo generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2005 dan lama di pasaran sehingga generasi kedua diperkenalkan pada tahun 2014.

Sebagai sebuah kereta segmen A, saiz Aygo generasi kedua hanya berukuran 3.45 meter panjang, lebar 1.61 meter dan tinggi 1.46 meter.

 

Toyota Aygo

 

Untuk Aygo X, Toyota menggunakan platform GA-B sama seperti Yaris Cross dan berapakah pula dimensi SUV kompak ini?

Suatu yang menarik untuk diketahui dan setakat ini maklumat terperinci belum didedahkan.

Aygo X sememangnya dibangunkan untuk pengguna di Eropah dengan perancangan, pembangunan, reka bentuk di buat di Pusat Pembangunan Toyota Motor dan dikeluarkan di kilang Toyota di Republik Czech.

Aygo X akan diperkenalkan pada awal November dan Toyota belum lagi berkongsi gambar kecuali bahagian kecil lampu dan logo belakang.

 

Toyota Aygo X

 

Cumanya pada Mac 2021, Toyota berkongsi dengan orang ramai model konsep Aygo X Prologue.

Berminat? Mustahil sebenarnya Aygo X dipasarkan di negara kita kecuali ada yang berani mengimportnya dari United Kingdom.

Pengenalan model-model SUV dan crossover sebegini di Eropah membuatkan penulis berfikir kenapa tidak Toyota bangunkan juga segmen yang sama untuk pasaran Asia?

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Toyota Aygo X Prologue

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan pencapaian jumlah jualan April itu, angka jualan tahun 2024 UMW Toyota kini mencatatkan…
Berita Global
Presiden Toyota Koji Sato pada sidang akhbar berkata "Kami menyasarkan untuk meningkatkan usaha…
Berita Global
  Terbaru Toyota Motor North America (TMNA) mengumumkan penamaan pejabat Penyelidikan dan…