Toyota bangunkan sistem katrij hidrogen mudah alih

oleh Mohamad Hanif|
Toyota menerusi syarikat subsidiarinya Woven Planet baru-baru ini memperlihatkan sebuah konsep katrij hidrogen mudah alih yang mampu menjadi sumber tenaga di dalam kehidupan seharian.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Menggunakan konsep yang sama seperti tin gas dapur mudah alih, katrij hidrogen ini berukuran 400 mm, dengan diameter 180 mm dan berat sekitar 5 kg apabila diisi dengan muatan hidrogen dan dengan ciri yang mudah untuk ditukar dan dibawa keluar.
 

Woven


Bergantung kepada tahap kecekapan sistem sel bahan api, setiap satu unit katrij ini apabila diisi penuh mampu menghasilkan tenaga pada kapasiti 3.3 kWh.

Menurut Toyota, rekaan yang sangat versatil ini membolehkan ia digunakan pada apa jua aplikasi, termasuklah sebagai bateri bagi kereta elektrik, motosikal, dron dan mampu untuk menjana tenaga kegunaan isi rumah.

Untuk memudahkan penggunaan, Toyota dan Woven Planet merancang untuk membangunkan perkhidmatan penghantaran katrij ke mana sahaja yang diperlukan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Membezakan antara platform EVR dengan EVRh ialah pek bateri besar 85 kWh yang telah digantikan…
Berita Domestik
Menurut laporan Dayak Daily (seperti yang dipetik oleh iloveborneo.my), Timbalan Menteri…
Berita Domestik
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg…