Toyota Century SUV muncul tahun ini - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Semenjak diperkenalkan di Jepun pada tahun 1967, sedan saiz penuh Toyota Century hanya boleh didapati dalam bentuk badan tunggal sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, keadaan itu bakal berubah pada tahun ini di mana Toyota dilapor akan hadir dengan Toyota Century SUV.

Berdasarkan laporan Best Car Web, model Century SUV itu akan dibangun menggunakan model Highlander, dengan dimensi yang lebih panjang (5.2 meter) dan konfigurasi dua tempat duduk sahaja untuk baris kedua yang menawarkan ruang kaki yang lebih luas.
 

century


Tidak seperti sedan Century generasi terkini yang hadir dengan nadi V8, Century SUV ini akan dibekalkan dengan enjin 8GR-FXS bentangan V6 3.5 liter hibrid yang diperoleh daripada Lexus LC 500h.

Laman Best Car percaya, SUV Century baharu ini akan dipandu sendiri oleh kebanyakan pemilik berbanding sedan Century yang rata-ratanya menggunakan khidmat pemandu.
 

centiry


Harga jualan dianggarkan bermula dari 10 juta yen (RM332,118), dan ia akan muncul di pasaran Jepun seawal pertengahan tahun ini. Sebagai perbandingan, sedan Toyota Century (gambar atas) dijual pada harga bermula dari ¥19,600,000 (RM650,746).

Tiada sebarang berita berhubung kehadiran model SUV baharu ini untuk pasaran lain di peringkat global.

Sumber: Best Car Web

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak cukup dengan itu, awal tahun lalu Toyota menghasilkan pula sebuah Century SUV Convertible…
Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…
Berita Global
Seperti sebuah kanvas yang sedia untuk dicorakkan, Toyota Century SUV boleh didapati dalam versi…