Ini sekaligus menggantikan unit yang dikongsi bersama model Vios/Yaris yang agak kecil iaitu 6.8 inci.
Skrin infotainmen bersaiz 9 inci tersebut kini didatangkan dengan sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto, serta ciri sambungan Wi-Fi, pengecaman suara, USB dan Bluetooth.
Namun, penawaran ini hanya terhad kepada varian tertinggi sahaja iaitu 1.8G, manakala varian 1.8E tidak menerima ciri moden ini.
Harga jualan bagi model 1.8E kekal tidak berubah, RM128,888 manakala harga jualan varian 1.8G meningkat RM3,000 kepada RM139,888.