Toyota Crown 2023 dapat penarafan Top Safety Pick+

oleh Mohamad Hanif|
Sedan crossover saiz pertengahan Toyota Crown kini menjadi anggota terbaharu Toyota yang mendapat penarafan Top Safety Pick+ daripada Insurance Institute for Highway Safety (IIHS).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam setiap ujian penilaian yang dibuat, Crown 2023 itu telah diberikan penilaian Baik (Good) termasuklah ujian penilaian pelanggaran hadapan bertindih kecil dan ujian pelanggaran sisi.

Selain daripada itu, IIHS turut mengiktiraf sistem pengelakan pelanggaran waktu siang dan malam yang ditawarkan oleh Toyota Crown dengan memberikan penarafan 'Superior'.

 


Sayang sekali, Toyota Crown sekadar meraih penarafan Acceptable (dihadkan kepada varian asas XLE) dalam ujian penilaian lampu utama, disebabkan oleh perbezaan spesifikasi yang ditawarkan bergantung kepada varian.

Ini kerana, varian asas XLE hanya dibekalkan dengan tetapan lampu projektor Bi-LED, manakala varian Limited dan Premium mendapat tetapan lampu Quad-LED.
 

crown


Toyota Crown Crossover merupakan bentuk badan pertama Crown generasi keenam belas yang telah dilancarkan pada pertengahan tahun 2022, membawakan pilihan enjin hibrid 2.5 liter atau enjin Hybrid Max 2.4 liter turbo (340 hp).

Baca: Toyota Crown Crossover 2023

Selain daripada Toyota Crown, antara model Toyota lain yang turut mendapat penarafan Top Safety Pick+ termasuklah Camry, Highlander, Prius, Sienna dan trak pikap Tundra.

Sementara model Corolla, Corolla Cross, RAV4 dan Venza mendapat penarafan Top Safety Pick.

Sumber: IIHS

Berita Berkenaan

Berita Global
Menguatkan lagi kedudukan Ioniq 5 di pasaran adalah pengumuman terbaharu  di mana EV Hyundai itu…
Berita Global
Dalam video terbaharu, beliau berkongsikan pengalamannya terselamat daripada kemalangan yang…
Berita Global
Ini bermakna, Volvo kini mempunyai 13 buah model yang berjaya memperoleh skor tertinggi Top Safety…