Toyota daftar tanda dagang "Land Hopper" di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Toyota mungkin sedang merancang untuk memperkenalkan beberapa model baharu sebagai pelengkap kepada keluarga Land Cruiser sedia ada.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Menurut laporan daripada Autoblog, seorang pengguna daripada laman forum Land Cruiser telah berjaya mengesan pendaftaran tanda dagang "Land Hopper" di bawah kategori "kenderaan".

Dengan penemuan terbaharu ini, ia berkemungkinan besar satu petanda Toyota akan menggunakannya pada salah satu kenderaan yang diacah sewaktu pembentangan info Land Cruiser Prado 2024 yang dibuat pada awal bulan yang lalu.
 

Land hopper


Berdasarkan gambar tersebut, ada dua buah model SUV yang sengaja dihitamkan, di mana salah satu daripadanya merupakan SUV dengan jarak roda pendek - berkemungkinan besar Prado versi tiga pintu.

Sementara SUV di bahagian kanan pula menampilkan dimensi yang lebih besar, besar kemungkinan SUV elektrik berdasarkan rekaan badan yang rata dan menawarkan konfigurasi tiga baris tempat duduk.
 

Land Hopper


Namun, satu bayangan model di tengah-tengah skrin itu dilihat seakan sebuah motosikal elektrik off-road di mana nama "Land Hopper" dilihat lebih sesuai dipadankan pada model tersebut.

Kehadiran motosikal elektrik yang boleh dilipat itu dilihat mampu menjadi pelengkap kepada Land Cruiser, dan mengingatkan kita pada model Motocompo yang wujud pada era 1980-an.

Baca: Toyota Land Cruiser Prado 2024

Sumber: Autoblog, Land Cruiser Forum

Berita Berkenaan

Berita Global
Berita ini secara tidak langsung mengesahkan laporan terdahulu di mana BMW akan melancarkan sebuah…
Berita Domestik
Rakan media Funtasticko telah berjaya menemukan pendaftaran tanda dagang "Proton X80" menerusi…
Berita Global
Pada tahun 2016, bos Lexus Eropah mengesahkan tiada sebarang pengganti untuk model tersebut yang…