Toyota dan Universiti Kyoto uji EV 1,000 km sekali caj!

oleh HEZERI SAMSURI|
Penyelidik-penyelidik dari Toyota Motor dan Universiti Kyoto sedang giat dalam menguji bateri-bateri terkini untuk kenderaan elektrik (EV).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bateri generasi masa depan itu bakal menggantikan bateri standard lithium-ion (li-ion) yang digunakan sekarang.

Bateri Fluoride-Ion (FIB) ini mampu menerima tujuh kali lebih tenaga dari bateri konvensyenel li-ion dan mampu memberikan jarak perjalanan sejauh 1,000 km untuk sekali caj.

Teknologi FIB ini jauh lebih handal dari bateri-bateri sekarang yang memberikan jarak perjalanan sehingga 600 km untuk sekali caj. 

Bateri FIB yang digunakan juga adalah lebih padat dan kompak serta lebih ringan. Selain dari itu, ia menggunakan elektrolit pepejal, bukannya cecair seperti di dalam bateri li-ion.

Namun begitu ia masih jauh dari sempurna. Bateri FIB dengan elektrolit pepejal memerlukan suhu operasi yang tinggi. Suhu itu juga akan menyebabkan elektrod mengembang dan proses caj dan discaj akan mengurangkan kapasiti bateri FIB.

Seperti Tesla, Nissan, Renault dan lain-lain pemain EV, teknologi bateri adalah rahsia kejayaan produk masing-masing. 

Jika Toyota mampu menghasilkan bateri yang lebih kompak, ringan, lasak dan menyimpan tenaga yang lebih banyak, ia mungkin ada peluang untuk menewaskan juara kenderaan EV dunia, Tesla.

* Laporan asal dari Nikkei Asian Review


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Presiden Toyota Koji Sato pada sidang akhbar berkata "Kami menyasarkan untuk meningkatkan usaha…
Berita Global
Mereka juga mendakwa beg udara gagal berfungsi dan pintu kenderaan tidak terbuka selepas kemalangan…
Kereta
Perkara seperti tersebut membuatkan sesetengah orang masih kurang yakin dengan kebolehan dan…