Seperti yang diberitakan sebelum ini, crossover terbaharu itu merupakan model pertama yang dibangunkan atas platform e-TNGA yang sangat versatil dan mampu digunakan untuk pelbagai saiz kenderaan, selain menyokong konfigurasi pacuan roda belakang, depan atau pacuan semua roda.
Platform yang dibangunkan bersama rakan teknikal Subaru itu juga dikatakan bukan sahaja mampu menghasilkan kenderaan elektrik tipikal, akan tetapi ia menawarkan pemanduan yang lebih menyeronokkan dan penampilan yang lebih cantik.
Sebelum ini, Toyota mengesahkan bahawa model crossover elektrik ini dikatakan mempunyai saiz dimensi yang hampir sama dengan Toyota RAV4.
Berdasarkan gambar yang dibekalkan, terdapat sedikit persamaan dengan gambar acah yang diterbitkan baru-baru ini, dan ia merupakan model pertama daripada enam model EV yang akan dilancarkan oleh Toyota kelak.