Harga rasmi GR Corolla bagi pasaran Thailand ialah 3,949,000 baht bersamaan RM500,352!
Model itu bakal ditawarkan sebanyak 9 unit sahaja, dan merupakan model CBU dari Jepun. Pastinya bakal menjadi rebutan seperti adiknya, GR Yaris.

GR Corolla ini bakal ditawarkan dengan Pakej Perkhidmatan GR yang paling eksklusif, antaranya:
- GR Service Package.
- Percuma penyelenggaraan berkala, buruh dan alat ganti selama 3 tahun atau 60,000 km.
- Perkhidmatan bantuan Tepi Jalan GR selama 5 tahun.
- GR Experience, merupakan peluang untuk sertai kursus Toyota Gazoo Racing Academy Thailand dan menyertai aktiviti pemanduan di Litar Antarabangsa Chang bertaraf dunia.
Sama seperti GR Yaris, GR Corolla turut dikuasakan dengan enjin G16E-GTS 3 silinder 1.6 liter turbo yang menghasilkan sehingga 300 hp dan 370 Nm, dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan iMT bersama sistem Rev Matching, serta sistem pacuan semua roda GR-FOUR (didatangkan dengan 3 mod iaitu Normal, Sport dan Track)
Semua itu membolehkan GR Corolla menghasilkan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa 5.5 saat sahaja!

GR Corolla untuk pasaran Thailand didatangkan standard dengan:
- Lampu depan LED dan lampu kabus
- Simbol GR pada gril hadapan
- Sistem kawalan on-off automatik lampu hadapan
- Lampu belakang LED penuh dan sporty
- Bampar belakang dilengkapi dengan diffuser hitam
- Muffler dengan 3-paip
- Bumbung plastik bertetulang gentian karbon (CFRP)
- Roda aloi, bersaiz 18 inci berwarna hitam
- Tayar bersaiz 235/40R18
- Bahan upholsteri tempat duduk dari kulit BRIN NAUB® dan kulit sintetik
- Toyota Safety Sense : TSS 3.0 versi terkini
- Sistem brek anti-kunci ABS
- Sistem Kawalan Kestabilan VSC
- Sistem anti-daya tarikan TRC
- Sistem Bantuan Permulaan Bukit HAC
- Tali pinggang keledar hadapan PT-FL 2 tempat duduk ( Pretensioner dan Force Limiter )
- Tali pinggang keledar belakang PT-FL 2 tempat duduk dan ELR 1 tempat duduk (Emergency Locking Retractor)
- 7 beg udara

GR Corolla untuk pasaran Thailand ditawarkan dengan 2 warna sahaja, iaitu Ice Cap White dan Precious Black. Bagi warna dalaman, ianya ditawarkan 2 warna iaitu Black Smoke atau Ignition Red dengan tambahan 10,000 baht (RM 1268).
Sumber: headlightmag
Penulis: Ahmad Danial Yasin