Toyota GR Corolla debut secara rasmi 31 Mac ini!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa kali teaser diperlihatkan, Toyota akhirnya secara rasmi mengesahkan pelancaran sebenar hot hatch GR Corolla yang dijadualkan berlangsung pada 31 Mac ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan gambar teaser terbaharu yang dibekalkan, GR Corolla bakal membawakan penampilan yang lebih agresif berbanding Corolla standard, seperti contoh liang udara pada fender berwarna hitam berkilat, lencana wajib GR, roda ringan, serta sistem brek berprestasi tinggi.

Tidak ketinggalan, skirt sisi aerodinamik yang menampilkan perkataan GR-Four - merujuk kepada sistem pacuan semua roda yang dibangunkan oleh Toyota untuk model-model hot hatch seperti GR Yaris dan GR Corolla.
 

GR Corolla


Meskipun tiada sebarang spesifikasi yang terdedah, terdapat beberapa perkara yang bakal dibawakan oleh GR Corolla ke dunia nyata, seperti contoh enjin tiga silinder G16E-GTS, transmisi manual, dan sistem pacuan semua roda.

Terdapat juga ura-ura GR Corolla bakal menghamburkan kuasa setinggi 300 hp.

Apapun, spesifikasi lanjut bakal diketahui menjelang pelancaran rasmi GR Corolla pada minggu ini.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Sukan Bermotor
Pasukan Toyota akan menampilkan tiga jentera, iaitu ORC Rookie GR86 CNF Concept, ORC Rookie GR…
Berita Global
Daripada jumlah 200 unit yang diperuntukkan untuk sepanjang tahun, hanya 181 unit sahaja yang telah…