Toyota GR Supra edisi khas Litar Jarama - 90 unit, untuk pasaran Eropah sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Litar Jarama yang terletak di Sepanyol merupakan lokasi di mana Toyota menganjurkan pandu uji rasmi media bagi model Supra generasi baharu, dan penulis kami Hezeri Samsuri turut terbang ke sana untuk menguji sendiri pemanduan Toyota GR Supra sebelum pelancaran rasminya kira-kira tiga tahun yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bersempena dengan nama litar bersejarah ini, Toyota kini menghadirkan sebuah versi baharu bagi Toyota GR Supra yang digelar sebagai GR Supra Jarama Racetrack Edition.

 


Dihasilkan sebanyak 90 unit sahaja dan khusus untuk pasaran Eropah, GR Supra edisi Litar Jarama ini menampilkan warna Horizon Blue dengan aksen hitam, rim aloi bersaiz 19 inci dan angkup brek berwarna merah.

Sementara ruang kabin pula menampilkan penggunaan bahan Alcantara dengan jahitan biru, serta plak khas pada papan pemuka yang menonjolkan angka produksi jentera Supra ini.

 


Antara ciri standard yang dimuatkan termasuklan trim gentian karbon, skrin sentuh bersaiz 8.8 inci, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem audio dengan 10 pembesar suara, dan ciri Toyota Safety Sense+.

Tidak diketahui sama ada Toyota mendatangkan talaan khas kepada Supra ini, namun ia dijana dengan nadi enjin enam silinder sebaris 3.0 liter turbo yang menghasilkan 335 hp dan 500 Nm, serta padanan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika anda masih ingat, beberapa tahun yang lepas Toyota menggunakan animasi untuk mengiklankan…
Berita Global
Berdasarkan semakan di laman web rasmi, Toyota memberitahu pelanggannya bahawa kereta tersebut kini…
Berita Global
Toyota Supra GRMN - singkatan kepada Gazoo Racing Meisters of the Nurburgring - bakal menduduki…