Toyota GR Yaris, apa yang bagus sangat pasal kereta ni?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota GR Yaris
Toyota GR Yaris
Sejak beberapa tahun lalu nama Toyota hangat disebut peminat kereta berprestasi dan dunia permotoran.

Toyota berjaya mengangkat jenamanya dari kenderaan pengangkutan harian ke aras tersendiri melalui penawaran GT86, Supra dan penglibatan di dalam sukan permotoran antarabangsa.

GT86 dan Supra sememangnya hebat namun bagaimana pula dengan model untuk pengguna kebanyakan? Di sini letaknya Yaris yang kemudian melalui transformasi kepada GR Yaris.

Tidak hanya memikirkan pelanggan yang meminati model hardcore, Toyota menawarkan GR Yaris RS bernadikan enjin 1.5 tiga silinder dengan transmisi Direct Shift-CVT di Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota GR Yaris

 

Bagaimana pula dengan sambutan? Kereta prestasi begini memang sedap dijadikan bahan perbualan namun ia tetap berada dalam pasaran niche.

Di Australia yang merupakan di antara pasaran terawal GR Yaris telah menerima sambutan menggalakkan dengan 1,200 tempahan awal diterima.

Satu perkara tentang GR Yaris ianya merupakan kereta rali untuk jalanan atau kereta rali yang menyamar sebagai kereta jalanan.

Berikut kami senaraikan ciri-ciri menarik pada Toyota GR Yaris:

Enjin 1.6 turbo tiga silinder

 

Toyota GR Yaris

 

Toyota memaklumkan nadi G16E-GTE 1.6 turbo silinder pada GR Yaris merupakan enjin tiga silinder produksi massa paling berkuasa di dunia.

Enjin itu mempunyai output 268 hp dan tork 370Nm yang dipadan bersama transmisi enam kelajuan manual iMT dan mempunyai padanan rev.  

Pecutan kereta pacuan semua roda ini dari 0 hingga 100 km/j hanya memerlukan 5.2 saat dengan kelajuan maksimum 230 km/j.

Enjin GR Yaris mengunakan beberapa teknologi permotoran seperti penyejukan omboh pelbagai suntikan (multi oil-jet piston cooling), port kemasukan yang dimesin dan injap ekzos diameter besar.  

 

Toyota GR Yaris

 

Turut dilengkapi ialah pancitan bahan api jenis terus dan liang (port), kebuk kelajuan tinggi, pengecas turbo jenis single scroll ball-bearing, penyejuk minyak aluminium, pam air dan pembersih udara kapasiti tinggi.

Walaupun dipengaruhi kereta lumba GR Yaris dilengkapi sistem henti mula manakala penggunaan minyak (pemanduan kombinasi) ialah 7.6 liter/100km.

Nisbah kuasa kepada berat GR Yaris ialah 209 hp/tan dan tangki minyak dengan kapasiti 50 liter memberi keseimbangan di antara berat dan jarak pemanduan.

Rekabentuk aerodinamik

 

Toyota GR Yaris

 

GR Yaris walaupun asalnya Yaris jalanan mempunyai gayaan berbeza. GR Yaris bukan setakat dipasang dengan bampar depan dan belakang baharu.

Ini adalah model tiga pintu khas yang hanya berkongsi cermin, lampu depan dan belakang dengan Yaris standard.

Lihat juga pada profail sisi yang menurun ke belakang dan panel roda belakang yang mengembang.

GR Yaris adalah model Toyota pertama yang menggunakan bumbung gentian karbon dan panel aluminium untuk bonet, pintu dan pintu but belakang.

 

Toyota GR Yaris

 

Pengendalian dan pemanduan

Suspensi depan jenis MacPherson pada GR Yaris lebih tegar berbanding Yaris standard dengan knuckle dan sesendal (bush) baharu untuk kawalan dan kestabilan maksimum.

Bahagian belakang menggunakan set multi-link berbanding torsion beam pada Yaris standard. 

Juga lebih tegar ialah lengan (arm) bahagian atas dan talaan untuk respon, pengendalian dan cengkaman yang optimal ketika melalui selekoh pada kelajuan tinggi.

Stereng rak dan pinan elektrik pula ditala untuk memberikan respon lebih berkesan dan rasa sport sejati.

 

Toyota GR Yaris



Pedal brek GR Yaris jenis jarak pendek (short stroke) dan dibuat untuk rasa linear dan solid. Klac kereta mempunyai mekanisma khas untuk rasa pedal yang konsisten. 

Sistem pacuan semua roda GR Four yang ditetapkan pada mod Normal membahagikan 40 peratus tork pada roda belakang.

Mod Track mengagihkan 50 peratus tork manakala mod Sport menghantar 70 peratus kepada roda belakang.

Ciri keselamatan

 

Toyota GR Yaris

 

Sebagai hatchback berprestasi tidak bermakna fungsi keselamatan dikurangkan. GR Yaris dilengkapi Toyota Safety Sense yang merangkumi teknologi seperti berikut:

  • Pre-collision safety system with autonomous emergency braking, intersection assistance, emergency steering assist, high-speed adaptive cruise control, lane trace assist, road-sign assist, auto high beam, blind spot monitor, head-up display, rear view camera.

Canggih seperti kereta massa lain dan dilengkapi enam beg udara. Turut dilengkapi ialah cangkuk untuk sudut ISOFIX bagi memasang kerusi keselamatan kanak-kanak dengan betul.

Apa lagi keistimewaan GR Yaris?

 

Toyota GR Yaris

 

GR Yaris sebenarnya adalah model homologasi pertama Toyota untuk Kejohanan Rali Dunia (WRC) sejak sekian lama.

Model sebelum ini adalah Celica GT-FOUR yang dikeluarkan buat kali terakhir pada tahun 1999.

Berapakah pula harga GR Yaris? 

Hatchback ini dengan segala keistimewaan tidak murah, di Australia Toyota GR Yaris dijual pada harga $49,500 (RM148,772).

Bagaimana pula dengan pasaran tempatan? Tidak mustahil untuk dibawa masuk selepas UMWT menawarkan Supra.

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit: Toyota Australia

 

Toyota GR Yaris

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan semakan di laman web Toyota FR, hot  hatch cilik itu akan ditawarkan sebanyak 300 unit…
Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…
Berita Global
Ada yang suka dengan stail olskool yang cuba diterapkan oleh Toyota, kerana ia membawakan susun…