Toyota GR Yaris transmisi auto bakal muncul di TAS 2024 - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan penganjuran Tokyo Auto Salon 2024, Toyota bakal melancarkan hot hatch GR Yaris yang dilengkapi dengan kotak gear automatik.

Menurut laporan media Jepun Mag X, Toyota GR Yaris RZ-H itu dijangka akan didedahkan secara rasmi di Tokyo Auto Salon yang bermula dari 12 hingga 14 Januari kelak.

Kotak gear automatik lapan nisbah kelajuan "Direct Auto Transmission" (DAT) itu telah dibangunkan oleh Toyota sejak setahun yang lalu.
 

yaris


Malah, transmisi tersebut telah diuji sendiri dalam litar lumba, di mana Morizo (nama samaran Akio Toyoda) menyifatkannya GR Yaris dengan DAT ini mampu menjadi sebuah model pengubah permainan.

Baca: Komen Morizo tentang GR Yaris bertransmisi auto

Selain daripada GR Yaris automatik, Toyota juga dilapor akan menawarkan dua buah model edisi terhad sebagai meraikan kejayaan pasukan perlumbaan mereka dalam World Rally Championship.

Model Ogier Edition dan Rovenpara Edition (dinamakan bersempena dua pelumba rali) itu akan diperlihatkan pada acara perlumbaan rali Monte Carlo 2024 (24-28 Januari 2024), dengan produksi dihadkan sebanyak 100 unit setiap satu.

Sumber: Mag X

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibangunkan Dengan DNA Perlumbaan Nama “Morizo” bukan calang-calang. Ia merujuk kepada alter ego…
Berita Global
Dari Enjin Depan ke Midship 4WD     Kenderaan seperti GR Yaris mempunyai enjin di bahagian depan…
Berita Global
Menariknya, walaupun berbunyi garang seperti jentera rali biasa, ia hampir tidak menghasilkan…