Toyota Jepun tambah baik penawaran van Hiace, Hiace Welcab dan HiMedic

oleh Mohamad Hanif|
Biarpun generasi keenam Toyota HiAce telah pun berada di pasaran sejak 2019 dengan pakej yang lebih besar dan versatil, ia tidak menghalang Toyota daripada terus menjual van Hiace generasi kelima.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, van Hiace generasi terdahulu masih lagi kekal di pasaran seperti Jepun, Asia Tenggara (termasuk Malaysia!), serta tidak ketinggalan Sri Lanka dan Afrika Selatan.
 

Hiace


Di Jepun, Toyota telah melancarkan kemaskini kecil untuk van Hiace, dengan membawakan pakej warna baharu serta pakej keselamatan untuk van ambulans HiMedic.

Pakej warna baharu Earth Colour itu menawarkan dua pilihan iaitu Beige dan Urban Khaki, di mana ia dikhususkan untuk Hiace varian Super GL.
 

HIACE


Penambahbaikan turut dibuat pada model Hiace Welcab (mesra OKU) di mana ia kini dilengkapi dengan alat pengikat kerusi roda yang boleh diaktifkan menggunakan satu sentuhan butang suis sahaja.

Ciri ini turut mempunyai buzzer yang akan berbunyi sekiranya pemandu terlupa untuk mengunci pergerakan kerusi roda, sekaligus mengurangkan risiko kemalangan.
 

HIACE


Khusus untuk ambulans HiMedic, Toyota kini memasang sistem ITS (Intelligent Transportation System) Connect sebagai ciri standard.

Ciri ITS Connect ini secara asasnya merupakan modul perhubungan dua hala vehicle-to-vehicle (V2V) dan vehicle-to-infrastructure (V2I) menggunakan frekuensi ITS Standard Jepun 760 MHz.
 

HIACE


Sistem ini akan memberikan amaran kepada kenderaan sekeliling (yang dilengkapi dengan ciri ITS Connect) sekiranya sesebuah ambulans sedang dalam kecemasan bagi mengurangkan masa perjalanan dan juga merendahkan risiko kemalangan terutama di persimpangan.

Berikut merupakan senarai harga jualan Toyota Hiace di pasaran Jepun:
Toyota Hiace Van - 2,439,500 yen hingga 4,200,600 yen (RM78k-RM135k)
Toyota Hiace Wagon - 2,946,600 yen hingga 4,052,000 yen (RM94k-RM130k)
Toyota Hiace Commuter - 3,353,600 yen hingga 3,851,000 yen (RM107k-RM123k)
Toyota Hiace Welcab BU - 3,971,000 yen hingga 4,926,000 yen (RM127k-RM158k)
Toyota Hiace Welcab FU - 4,030,000 yen hingga 4,985,000 yen (RM129k-RM160k)
Toyota HiMedic Ambulance - 5,764,000 yen hingga 12,017,000 yen (RM187k-RM385k)

Berita Berkenaan

Berita Global
Ditawarkan dalam trim RZ, Toyota Crown Sport PHEV ini dibekalkan dengan nadi 2.5 liter Dynamic…
Berita Global
Namun ada pula pihak berpendapat, hitam dan merah merupakan warna kenderaan yang paling sukar untuk…
Berita Global
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan rapat Careta, model SUV purba moden ini ada dipamerkan pada…