'Toyota Jimny' tidak akan jadi kenyataan - Suzuki

oleh Mohamad Hanif|
gambar sekadar hiasan
Jika anda perasan, sejak beberapa tahun kebelakangan ini Careta tidak pernah penat untuk melaporkan tentang perkongsian model kenderaan antara Suzuki dan Toyota di beberapa pasaran tertentu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara model yang dimaksudkan termasuklah Suzuki Ertiga (Toyota Rumion), Suzuki Brezza (Toyota Urban Cruiser), Suzuki Grand Vitara (Toyota Urban Cruiser Hyryder) dan Suzuki Baleno (Toyota Starlet).

Malah, ada juga model Toyota yang telah diubah lencana menjadi model Suzuki, seperti contoh Toyota RAV4 menjadi Suzuki Across di benua Eropah.

Sebelum ini, Toyota juga nampaknya berminat untuk meminjam dua model daripada Suzuki, iaitu Jimny dan Swift untuk dijadikan sebagai model jualan mereka.
 

Swift


Namun dalam laporan terbaharu oleh Autocar, Suzuki menolak permintaan tersebut dengan menjelaskan kedua-dua Jimny dan Swift merupakan model penting dalam DNA-nya.

Suzuki juga enggan mengambil risiko status ikonik yang bakal terjejas sekiranya kedua-dua model Jimny dan Swift dijual dengan lencana Toyota.

"Toyota mahu melakukan kejuruteraan lencana bagi model Jimny dan Swift, namun kami menolak dengan sopan," ujar jurucakap Suzuki.

"Ia seperti meminta Toyota untuk membenarkan kami membuat perkara yang serupa dengan Land Cruiser. Model yang dekat dengan hati kami tidak boleh dikongsi, dan kedua-dua pihak menghormati pendirian tersebut.

 

Toyota Starlet
Toyota Urban Cruiser
Toyota Rumion
Suzuki Across PHEV

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Model edisi khas ini menampilkan rekaan perlumbaan menarik yang diinspirasikan daripada motosikal…
Berita Global
1983 - 1989: Suzuki Cultus generasi pertama / Swift     Di negara kelahirannya, Swift bermula…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…