Toyota OutRun 2023, acara larian bagi mengumpul dana untuk National Cancer Society Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Pada 15 Januari yang lepas bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, UMW Toyota Motor telah mengadakan acara larian mereka buat kali kedua setelah 4 tahun, iaitu Toyota OutRun 2023.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Acara larian yang bertemakan "All for One, Run for All" itu melibatkan lebih 4,300 peserta berdaftar, tema yang digunakan itu selari dengan visi baharu Toyota iaitu "Move Your World".

 

2

 

Start Your Impossible (SYI) merupakan kempen yang dimulakan serentak semasa Olimpik Tokyo 2020 bagi menggalakkan orang ramai untuk mencabar diri sendiri.

Sebagai sebahagian dari kempen itu, UMW Toyota Motor telah mengadakan Toyota OutRun pertama pada 2019 yang melibatkan lebih 3,000 peserta, semua kutipan dana pada acara itu telah disumbangkan kepada Majlis Paralimpik Malaysia.

 

3

 

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. berkata, “Kami gembira melihat sambutan dan penyertaan yang menggalakkan untuk Toyota OutRun kedua kami, yang dilakukan pada skala lebih besar berikutan kejayaan acara pertama pada 2019."

"Sebagai sebahagian daripada komitmen CSR kami, kami telah bekerjasama dengan National Cancer Society Malaysia (NCSM) untuk inisiatif tahun ini, di mana 100% daripada hasil pendaftaran, bernilai kira-kira RM170,000, akan disumbangkan kepada mereka”.

 

4

 

Selain acara larian 5 dan 10 km, Toyota OutRun 2023 juga dipenuhi pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan dari artis seperti De Fam serta penampilan duta Toyota Yaris, iaitu Janna Nick.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Toyota Vios, Hilux dan Corolla Cross, membentuk 69 peratus unit yang dijual, adalah antara model…
Informasi
Beliau berkata, ia mencerminkan inisiatif syarikat dan promosi berfokuskan pelanggan yang berjaya,…
Berita Domestik
Beliau berkata, jumlah tempahan tertunggak kedua-dua pengeluar kereta itu ketika ini berkurangan…