Terdapat lima pakej yang ditawarkan di bawah program tersebut, memfokuskan kepada trenkuasa, pelekap getah, getah bush suspensi, penyerap hentak dan sistem brek.
Untuk bahagian trenkuasa, pihak Toyota akan melakukan proses pembersihan menyeluruh serta menggantikan komponen yang lush pada sistem pencucuhan.
Dengan kos sekitar ¥121,000 (RM3,973), program ini akan menjadikan respons pendikit yang lebih baik, serta menjadikan prestasi enjin seperti asal.
Pemilik juga boleh mendapatkan program penukaran pelekap getah (kos ¥99,000 atau RM3,251) untuk bahagian enjin, kotak gear, pembeza dan peredam bagi mengurangkan kesan gegaran dan menjadikan operasi klac yang ditambah baik.
Untuk menjadikan pengendalian seperti sebuah kereta baharu, pemilik boleh menukar getah bush suspensi (¥122,100 atau RM4,009), serta menggantikan keempat-empat penyerap hentak kepada yang baharu (¥163,900 atau RM5,382).
Akhir sekali, pihak Toyota akan melakukan penggantian pada sistem brek termasuklah angkup, rotor brek, serta pelapik brek dengan kos ¥125,400 (RM4,118).
Pemilik juga boleh mendapatkan kesemua pakej yang ditawarkan dengan membayar kos ¥631,400 (RM20,733) sahaja.