Toyota Thailand lancar Corolla... errr.. Nurburgring Edition

oleh Mohamad Hanif|
Litar Neraka Hijau boleh dikatakan antara destinasi yang kerap dituju oleh kebanyakan pengeluar kereta-kereta pantas untuk mencatatkan masa pusingan terbaik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, Lexus juga sebelum ini turut melancarkan supercar mereka LFA Nurburgring Edition yang membawakan peningkatan kuasa kuda serta penambahbaikan dari segi aspek aerodinamik berdasarkan pembangunan di litar tersebut.

Namun, tiada siapa yang sangka Toyota akan kembali ke Litar Nurburgring dan melancarkan sebuah model yang langsung tiada kaitan - Corolla Nurburgring Edition!
 

Corolla


Dihasilkan khusus untuk pasaran Thailand, Toyota mendatangkan beberapa penambahbaikan terhadap aspek rekaan yang diinspirasikan daripada jentera lumba Corolla yang memenangi ADAC Total 24h, serta naiktaraf suspensi bagi menjadikan pengendalian yang lebih mengujakan.

Elemen rekaan jentera lumba yang dimaksudkan itu adalah seperti penambahan kepada bampar hadapan serta gril, diikuti dengan skirt sisi, penambahan pada bampar belakang, diffuser serta lip spoiler.
 

Corolla


Tidak ketinggalan, lencana wajib yang biasanya ditampal pada kereta-kereta yang tidak pernah langsung menjejakkan tayar di Litar Nurburgring, hanya sekadar layan selekoh di Ulu Yam dan terus mendabik dada mereka adalah peminat sukan permotoran sejati.

Dari segi kuasa, Corolla Altis Sport Nurburgring Edition ini masih lagi mengekalkan penawaran enjin NA 1.8 liter (138 hp) atau enjin hibrid 1.8 liter di mana kedua-dua dipadankan dengan transmisi CVT.
 

Corolla


Meskipun tiada penambahan kuasa, Toyota mendatangkan naik taraf terhadap sistem gantungan dengan menawarkan gegelung spring sports yang lebih rendah, serta kotak kawalan pendikit yang mampu mengoptimasikan respon pendikit dan pecutan.

Harga jualan Corolla Altis Nurburgring ini bermula dari 964,000 baht (RM119,040), dan sebagai perbandingan, Toyota sebelum ini turut menawarkan Corolla GR Sport dengan harga jualan bermula dari 1,009,000 baht (RM124,597).

Berita Berkenaan

Informasi
  Selain dari pakej-pakej pembiayaan seperti Toyota EZ Beli, Toyota Flexi Plan, Toyota Drive,…
Model Terbaharu
Dua varian utama ditawarkan untuk pasaran Malaysia, masing-masing menerima nadi kuasa 1.8 liter 2ZR…
Berita Domestik
Namun, usah dilupakan negara kita sendiri apabila UMW Toyota Motor Sdn Bhd secara rasminya juga…