Toyota UK guna penanda tersembunyi banteras kes kecurian penukar bermangkin

oleh Mohamad Hanif|
Toyota dan Lexus bakal membelanjakan lebih daripada £1 juta (RM5.68 juta) bagi meletakkan penanda tersembunyi yang dinamakan sebagai 'Smartwater' pada komponen penukar bermangkin (catalytic converter) untuk membanteras kes kecurian komponen tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada AutoExpress UK, lebih daripada 100,000 unit kenderaan di seluruh United Kingdom akan dibekalkan dengan penanda tersebut menerusi pusat servis sah Toyota yang berhampiran.

Kenderaan seperti Toyota Prius, Auris Hybrid, Yaris Hybrid dan Lexus RX Hybrid menjadi mangsa kecurian komponen penukar bermangkin disebabkan kandungan logam yang tinggi.

Tambahan pula, penukar bermangkin di dalam kenderaan hibrid biasanya berada di dalam kondisi yang lebih cemerlang disebabkan kadar beban yang lebih ringan berbanding model yang dilengkapi enjin pembakaran dalaman standard.

Penggunaan penanda 'Smartwater' ini turut mendapat kelulusan daripada pihak polis tempatan.

Penukar bermangkin kebiasaanya mengandungi bahan logam seperti platinum, palladium, dan rhodium, di mana harga di pasaran gelap jauh lebih tinggi berbanding emas tulen.

Sumber: AutoExpress UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan semakan di laman web rasmi, Toyota memberitahu pelanggannya bahawa kereta tersebut kini…
Berita Global
Toyota UK baru-baru ini melancarkan Yaris Hybrid GR Sport yang direka untuk pembeli di United…
Berita Global
Bagi mereka yang tidak tahu, Corolla Trek sebenarnya merupakan versi crossover untuk model Corolla…