Toyota Yaris Hybrid GR Sport dilancarkan di UK - talaan casis & suspensi, rim 18 inci, dari RM129k

oleh Mohamad Hanif|
Semua sudah tahu, model hot hatch GR Yaris sudah lama habis terjual, memandangkan Toyota hanya menghasilkan model tersebut dalam unit yang sangat terhad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyota UK baru-baru ini melancarkan Yaris Hybrid GR Sport yang direka untuk pembeli di United Kingdom yang mahu mencari sebuah hatchback dengan elemen sporti.

Dari segi penampilan, Yaris Hybrid GR Sport ini mendapat padanan rim aloi dimesin bersaiz 18 inci dengan kemasan dekorasi merah di sekeliling, kemasan krom pada jeriji hadapan, diffuser belakang berbentuk T baharu, serta kemasan merah mimik jalur LED antara lampu belakang.
 

Yaris


Seperti biasa, tidak lengkap sesebuah model GR Sport tanpa kehadiran lencana-lencana Gazoo Racing.

Pembeli boleh mendapatkan opsyen layangan warna dua tona termasuk kombinasi eksklusif Ash Grey dan bumbung hitam Eclipse.

Sementara ruang kabin pula menempatkan kerusi sports berlogokan GR, balutan upholsteri fabrik dengan kemasan jahitan kontras berwarna merah.
 

Yaris


Terdapat juga logo GR pada butang pandu mula dan roda stereng yang dibaluti kulit dan jahitan kontras merah.

Secara standard, Yaris Hybrid GR Sport ini didatangkan dengan ciri seperti sistem pendingin hawa dua zon automatik, sistem multimedia lapan inci, sistem audio dengan enam pembesar suara, serta integrasi Apple CarPlay dan Android Auto.

Selain daripada ciri-ciri yang disebutkan tadi, pembeli model GR Sport ini boleh mendapatkan pakej opsyen berikut:
- City Pack: cermin sisi auto lipat, penderia parkir depan dan belakang serta fungsi brek automatik, sistem pemantauan titik buta, sistem navigasi
- Essential Protection Pack: perlindungan bampar belakang, alas boot, mudflap depan dan belakang
- Protection + Pack: perlindungan bampar belakang keluli kalis karat, alas boot, mudflap depan belakang, alas lantai getah
 

Yaris


Dari segi kuasa, Yaris Hybrid GR Sport hadir dengan enjin hibrid M15A-FXE 1.5 liter yang mampu menjana kuasa setinggi 90 hp dan 120 Nm yang dipadankan dengan motor elektrik 80 hp/140 Nm, menghasilkan kuasa keseluruhan setinggi 116 hp.

Tiada sebarang talaan dibuat terhadap trenkuasa, akan tetapi aspek pemanduan dipertingkatkan dengan penambahan struktur pendakap bawah lantai untuk peningkatan tahap ketegaran casis, sementara kadar seretan aerodinamik berjaya dikurangkan dengan penambahan pelapik pada arka roda depan dan belakang.

Selain itu, sistem suspensi Yaris Hybrid GR Sport ini telah ditala semula, terutama pada penyerap hentakan supaya mampu menyerap hentakan dengan lebih cepat pada kelajuan rendah, diikuti dengan pelarasan spring belakang untuk mengekang pergerakan badan dan daya angkat roda terutama ketika pecutan dan brek.

Harga jualan Toyota Yaris Hybrid GR Sport bermula dari £24,420 (RM128,934).

Berita Berkenaan

Pelancaran
Tidak seperti Corolla Cross yang dipasang di kilang Malaysia, Corolla Cross GR Sport ini merupakan…
Berita Global
  RAV4 GR SPORT  RAV4 GR SPORT menggunakan teknologi hibrid Toyota generasi keempat dengan…
Berita Global
Penawaran trim GR Sport kini diperluaskan pada model Toyota Aqua GR Sport 2023 yang sudah pun boleh…