Toyota umum harga GR Corolla di Jepun, dari RM172k, versi Morizo cecah RM234k

oleh Mohamad Hanif|
Anda pasti sudah pun membaca berita berkenaan pelancaran rasmi model hot hatch Toyota GR Corolla di pasaran Thailand baru-baru ini.

Muncul buat kali pertama di pasaran ASEAN, GR Corolla dijual pada harga bermula dari 3.949 juta baht (RM500 ribu) dengan hanya sembilan unit sahaja yang dibawa masuk untuk permulaan.

Di Jepun, laman web Creative Trend mendedahkan harga jualan rasmi model GR Corolla, di mana model standard RZ dijual pada harga bermula 5,250,000 yen (RM172,100).
 

Morizo


Manakala model yang lebih hardcore dengan dua tempat duduk GR Corolla Morizo Edition pula dijual bermula dari 7,150,000 yen (RM234,383).

Ini menjadikan Toyota GR Corolla jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan model kereta sports pacuan roda belakang Nissan Z 2023 yang dijual pada harga bermula 5,241,000 yen (RM171,663).
 

GR Corolla


Sebagai perbandingan, model pesaing terdekat Honda Civic Type R FL5 dengan sistem pacuan roda depan memiliki tanda harga 4,997,300 yen (RM163,681), manakala adiknya GR Yaris berharga 3,960,000 yen (RM120,986).

Toyota mengehadkan 500 unit untuk model GR Corolla RZ, manakala versi Morizo Edition pula lebih terhad, hanya 70 unit sahaja.

Disebabkan kekangan itu, pelanggan yang berminat perlu memasuki sistem loteri yang baharu sahaja dibuka, dan pembeli yang berjaya akan menerima unit masing-masing seawal tahun 2023.

Baca: Toyota GR Corolla 2023
Baca: Toyota GR Corolla Morizo Edition 2023

Sumber: Creative Trend

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, ia masih lagi akan kekal eksklusif supaya dapat mengekalkan status niche model tersebut.…
Berita Global
CEO baharu Toyota, Koji Sato dalam satu kenyataan mendedahkan bekas CEO terdahulu, Akio Toyoda kini…
Berita Global
Mengikut perancangan, Toyota hanya mahu menawarkan model edisi terhad itu untuk tahun pertama…