Berbanding Yaris Cross yang terjual di beberapa pasaran, Yaris Cross serba baharu untuk pasaran Indonesia ini membawakan ukuran yang lebih besar, iaitu 4,310 mm panjang, 1,770 mm lebar, 1,615 mm tinggi sementara jarak antara roda sepanjang 2,620 mm.
Ini bermakna, Yaris Cross diposisikan di bawah model Corolla Cross yang memiliki ukuran 4,460 mm x 1,825 mm x 1,620 mm dengan jarak antarar roda 2,640 mm.
Selain itu, Toyota menawarkan pilihan trenkuasa yang berlainan berbanding apa yang ditawarkan pada Yaris Cross sedia ada.
Yaris Cross spesifikasi Indonesia ini dijana dengan enjin 1.5 liter kod 2NR-VE yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 104.6 hp dan daya kilas 138 Nm, sementara versi hibrid 2NR-VEX dikatakan mampu menghasilkan kuasa 110 hp.
Sistem transmisi adalah jenis CVT untuk varian hibrid, sementara varian standard dibekalkan dengan tambahan transmisi manual lima kelajuan.
Harga jualan anggaran dikatakan bermula dari Rp 350 juta (RM106,334) untuk versi 1.5 liter NA, sementara varian hibrid pula bermula dari Rp 450 juta (RM1366,715).
Lebih banyak butiran spesifikasi lanjut bakal menyusul.
Persoalannya sekarang, adakah ini asas kepada SUV baharu Perodua D66B yang bakal dilancarkan kelak?
Sumber: CNN Indonesia