Continental Tyre Alor Setar (M) Sdn Bhd merasmikan pembukaan pusat latihan (Training Centre) yang terletak di Alor Setar minggu lalu.
Pusat latihan dengan keluasan 140 meter persegi itu akan memberikan kira-kira 655 kelas intensif setahun kepada 730 orang pekerja outlet Continental.
Tujuan pusat latihan ini ditubuhkan adalah untuk memberikan tunjuk ajar dalam usaha melahirkan tenaga pekerja yang berkualiti tinggi, selain mendidik mereka berkenaan keselamatan, kualiti dan keberkesanan.
Pusat tersebut menawarkan latihan berbentuk manual dan berkomputer di dalam skil vokasional, merangkumi topik-topik yang berkualiti bagi memastikan tenaga kerja yang dilahirkan benar-benar kompeten untuk berkhidmat di dalam organisasi tersebut.
Menurut Carlos Bernabe selaku pengurus fasiliti penghasilan tayar Continental di Alor Setar berkata, "dengan pengalaman dan pengetahuan kami di dalam teknologi pembuatan termaju, Continental akan terus memberikan daya saing yang kompetitif di dalam rangkaian pembuatan global kami."
Selain menawarkan kelas intensif, pusat latihan ini akan digunakan untuk memberikan latihan asas bagi memberikan gambaran menyeluruh terhadap skop kerja untuk para pekerja baharu.