Namun, Baja juga boleh dirujuk sebagai trak camper yang dihasilkan oleh sebuah syarikat yang sebelum ini pakar dalam menghasilkan van camper, Rossmönster.
Menurut Rossmönster, model-model Baja boleh dipilih daripada barisan trak pikap saiz penuh seperti F-150, F-250, Ram 2500, Chevrolet Silverado 2500 atau GMC Sierra 2500.
Contoh yang diperlihatkan menggunakan Ford Superduty yang lengkap dengan bermacam kemudahan untuk tinggal di luar jaringan grid, namun masih lagi didatangkan dengan keupayaan pemanduan off-road.
Ruang bed belakang telah digantikan dengan binaan kustom yang mampu memuatkan sehingga empat orang tidur pada satu-satu masa, pintu belakang yang turut memuatkan tangga, bumbung jenis pop-up, dan juga bumbung awning.
Antara kemudahan yang ada seperti ruang dapur, peti sejuk/beku, ketuhar induksi, sinki, serta tangki air bersih sebesar 114 liter dan tidak ketinggalan panel solar, bateri lithium dan juga inverter berkuasa 3,000 watt.
Untuk tidur, terdapat ruang yang menempatkan tilam bersaiz queen pada bahagian atas kabin trak.
Pembeli juga boleh memilih untuk mendapatkan kemasan seperti kayu gelap dengan kulit perang deep brown, atau kemasan kayu yang lebih cerah dan terang.
Harga untuk sebuah trak camper Baja bermula dari $175,000 (RM727,650) namun harga tersebut bergantung kepada pilihan model trak, opsyen dan penyesuaian yang dipilih oleh pembeli.
Menurut Rossmönster, setiap pembinaan trak camper memerlukan masa sehingga tiga minggu untuk disiapkan.